rainbolw

ayat

mesej

title

post background

snow

lagu

bergerak


Monday

I think i l0ve y0u❤

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
assalamualaikum 
  takdir

 ●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sudah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
                                         dari  Nieysa Funkygirlz
just copy ja..

11 cara memikat hati wanita

                           بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

                   



           Lelaki. Ada yang sekali dia petik jari, berduyun perempuan datang padanya. Ada yang dah puas, macam-macam cara dicuba untuk memikat hati gadis idaman, tak juga dapat-dapat. Siap ada yang juga yang dah mandi bunga. Apapun, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan perlu berusaha, selebihnya serahkan pada-Nya. Bercakap tentang memikat wanita, setiap orang punya strategi masing-masing.


Sebelum dapat, memang akan cakap. “apa saja untukmu”. Sebetulnya, wanita tak mengharapkan anda melakar namanya di langit biru atau menempah iklan semata-mata untuk menyatakan anda cintakan dia. Cukup sekadar membuat hatinya gembira dengan itu secara tak langsung akan terbitnya bahagia. 


Berikut cara paling efektif untuk memikat wanita buat arjuna-arjuna “DTPM” (ditolak tapi pantang menyerah).   Memang, tak ada siapa pun yang sempurna di dunia ni, tapi mungkin tips ni boleh buat anda sempurna di mata dan hati si dia. 

1.Dah dapat nombor telefon atau dah add twitter atau facebook. Mulakan  langkah pertama sebagai kawan dulu (pelan-pelan kayuh...). Perempuan tak suka lelaki terburu-buru atau bahasa lainnya, gelojoh.


2.Wanita sukakan perhatian. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Selalulah telefon, SMS, email dan sebagainya untuk bertanyakan khabar atau paling tidak Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.



3.Terima dia seadanya juga cuba memahami dan ambil tahu apa yang digemari dan disukainya. Bila rasa anda berdua punya keserasian dan dah kenal hati budi masing-masing, barulah ke langkah seterusnya, melamar sebagai kekasih hati.



4.Jadilah diri sendiri, sepanjang perhubungan. Tak perlu berpura-pura baik, kalau nak puji biar kena masa. Tak perlu buat-buat tunjuk ikhlas atau kontrol macho sangat. Tapi taklah bermakna anda boleh berkasar sesuka hati. Cuba kawal  emosi dan tabiat buruk ketika anda berdua berjumpa. 



5.Wanita suka sikap lelaki yang spontan, peka dan memahami-sesekali anda boleh membuat kejutan kepada si gadis dengan mengirimkan bunga atau hadiah. Tak perlu terlalu romantik sangat tapi janganlah sampai tak ambil berat langsung. Kalau nak buat candylight dinner, tak perlu beria-ria, make it simple!



6.Menepati janji. Kalau dah kata nak jumpa pukul 2pm. Pastikan lebih datang tepat pada masanya. Jangan berulang kali memberi alasan apatah lagi alasan yang sama.



7.Tunjukkan kemampuan serta keyakinan diri. Contoh, kalau takder duit buat cara takder duit. Kebanyakkan wanita sebenarnya lebih suka dengan lelaki yang bersikap sederhana biarpun lelaki itu seorang yang kaya raya. Kalau pandai berjenaka, setiap kali bertemu dan berbual-bual, esekali anda boleh buat lawak tapi awas, jangan sampai menonjolkan kebodohan diri. Wanita suka lelaki yang berkarisma, mampu menjadi pembimbing dan melindungi.



8.Jadilah pendengar yang baik dan sentiasa jujur. Sekiranya dia sedang bercerita  tentang sesuatu atau mengadu masalah, anda harulah dengar dan sesekali berikanlah respon atau berikan pendapat bernas. Secara tak langsung menjadikan anda seorang yang memahami. Selalu menyokong dan memberi semangat padanya.



9.Cemburu buta, syak wasangka, membuat tuduhan melulu. Itu antara sebab yang boleh buat hubungan anda tidak berkekalan. Jangan gunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Letakkan kepercayaan padanya dan bukannya mengongkong. Sebaliknya anda perlu bersikap tenang dan tidak mudah melenting. Cuba selesaikan satu-satu perkara itu dengan mengajaknya berbincang secara baik.
  
10.Hormatinya dan jangan ambil kesempatan, itu penting! Kalau masih dalam peringkat berkawan, sentiasa ingatkan diri yang kalian hanya sekadar kawan. Jangan melebih-lebih. Kalau dalam peringkat sebagai kekasih, anda harus buat i gadis merasa dirinya amat penting, rasa istimewa dan jangan ambil ringan dalam semua perkara.



11.Berikan juga layanan yang baik dan mesra kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya. Misalnya bertanyakan khabar keluarganya. Jika rakan-rakan dan keluarga tidak menyukai anda, si gadis juga mungkin akan mempunyai perasaan berbelah bagi terhadap anda. 
 

23 sifat lelaki yang mencintai pasangan dgn ikhlas

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


1.Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa. 

2.Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap. 

3.Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 

4.Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yg meluap2. 

5.Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 

6.Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga. 

7.Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya. 

8.Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 

9.Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain. 

10.Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 

11.Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya. 

12.Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama. 

13.Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 

14.Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 

15.Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya. 

16.Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya. 

17.Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar. 

18.Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain. 

19.Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun 

20.dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 

21.Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 

22.Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 

23.Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan..

Friday

keindahan hari jumaat

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari Jumat adalah hari yang mulia, dan kaum muslimin di seluruh penjuru dunia memuliakannya. Keutamaan yang besar tersebut menuntut umat Islam untuk mempelajari petunjuk Rasulullah S.A.W. dan sahabatnya, bagaimana seharusnya menyambut hari tersebut agar amal kita tidak sia-sia dan mendapatkan pahala dari Allah S.W.T. Berikut ini beberapa adab yang harus diperhatikan bagi setiap muslim yang ingin menghidupkan syariat Nabi  S.A.W.  pada hari Jumaat.

 


1. Memperbanyakkan Selawat ke atas Nabi  S.A.W. 

Rasulullah  S.A.W.  bersabda : “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat kepadaku di dalamnya, kerana selawat kalian akan ditunjukkan kepadaku." Para sahabat berkata : "Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?" Nabi  S.A.W.  bersabda : "Sesungguhnya Allah S.W.T. mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.”* (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumaat

Mandi pada hari Jumaat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang baligh berdasarkan hadits Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah  S.A.W.  bersabda yang artinya, “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.”(Shahih HR. Bukhori dan Muslim).

Mandi Jumaat ini diwajibkan bagi setiap muslim yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat untuk solat Jumaat. Adapun tata cara mandi Jumaat ini seperti halnya mandi janabah biasa (menyiram seluruh anggota tubuh). Rasulullah S.A.W. bersabda yang artinya, ”Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.” (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)


3. Menggunakan Minyak Wangi



Nabi  S.A.W.  bersabda : ”Barang siapa mandi pada hari Jumaat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu solat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khutbah, dia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumaat ini sampai Jumaat berikutnya.” (Shahih HR. Bukhari dan Muslim)



4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid



Anas bin Malik berkata, ”Kami berpagi-pagi menuju solat Jumaat dan tidur siang setelah solat Jumat.” (Shahih HR. Bukhari). 
Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, ”Makna hadis ini iaitu para sahabat memulai solat Jumaat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeza dengan kebiasaan mereka pada solat zuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian solat ketika matahari telah rendah panasnya.” (Lihat *Fathul Bari II/388)


5. Solat Sunat Ketika Menunggu Imam atau Khatib



Abu Hurairah r.a. menuturkan bahwa Nabi Muhammad  S.A.W.  bersabda, ”Barang siapa mandi kemudian datang untuk solat Jumaat, lalu dia solat semampunya dan dia diam mendengarkan khutbah hingga selesai, kemudian sholat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jumaat ini sampai jumaat berikutnya ditambah tiga hari.” (Shahih HR. Muslim)



6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah



"Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah S.A.W. melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.” (Hasan HR. Abu Dawud, Tirmidzi)


7. Solat Sunat Setelah Solat Jumaat



Rasulullah S.A.W. bersabda yang artinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” 
Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa karena sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.” (Shahih HR. Muslim dan Tirmidzi)


8. Membaca Surah Al-Kahfi



Nabi S.A.W. bersabda yang artinya, ”Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumaat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumaat.” (HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau menshahihkannya)

Demikianlah sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad  S.A.W.  ketika di hari Jumaat. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqamah di atas jalan-Nya.


Tuesday

pencil dan pemadam!

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

pensil:saya minta maaf

pemadam:untuk apa?awak tak buat salah pun dengan saya

pensil:saya mintak maaf disebabkan saya awak cedera.setiap kali saya buat silap,awak pasti disitu untuk membetulkankesilapan saya.tapi setiap kali awk memadam kesilapan saya ,awak kehilangan separuhdari diri awak.awak menjadi semakin kecil.

pemadam:itu betul,tapi saya langsung tidak kisah tentangnya kerana saya dibuat utk membetulkan kesilapan yang awak buat.walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akn hilang.sya berbangga dengan kerja saya ini.jadi janganlah risau.saya benci melihat awak bersedih >>>:3

                              Pengajaran                                        
ingatlah, sahabat kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam di atas dan kita pula sbagai pensil.mereka sentiasa berada di sisi kita,lakukan.kadang-kadang mereka terluka,akn terasa sedih dan akhirnya hilang . jagalah sahabat kita dan dan jangan lupa kan mereka bila kita senang.

                              perhatian                                           
sesiapa yg ingin membaca saya syor kan clik kat lagu najwa i love you...mesti terharu...tapi kena filing la...



Thursday

kenangan 3b2







بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



3b2 punya cerita gila ni,
di kontrol oleh haris junaidi,
muka garang tapi baik hati,
masuk kelas bising tak berhenti,

kelas kMI  pelbagai bangsa,
lebih kurang one malaysia,
11 permaisuri dan 33 raja,
hidup gila cool sentiasa,

aiman,haikal,fawwaz punya cerita,
depa ni muka hot tapi pemalas gila,
kerja english siap sentiasa,
kononya nak bagi sir anwar bangga,

lemah lembut dansopan-santun orgnya,
perangai peramah ,sporting pun ada,
kerja sekolah tiap hari di beriolehnya,
itulah puan mariam guru kelas kami semua,

dalam kelas diam orangnya,
uwai amir nama singkatannya,
nampak coll tap boleh la,
time agama burr gila,

muka cute perangai gila-gila,
petik gitar nyanyi kerja nya,
gitaris cita-citanya,
itu lah syafika namanya,

lembut orangnya senyuman berseri,
suara harmoni halus merdu sekali,
time mathematik sepikan diri,
itu lah alyin dan syifa nama di beri,

thenesh,havinash bersembang kerjanya,
cakap pula bahasa india,
kalau dengar blurr seketika,
kalau paham gelak tiba-tiba,

empat budak PKBM sejati
azizul,wazif,olah,farisha nama di beri,
tiap hari kawad tak berhenti,
kononnya nak jadi komando sejati,

orangnya hand some sekali,
dalam kelas penghibur hati,tiap hari nama diberi,
bdk yg bimaksudkan itu  faris hakimi,

akmal zaki olah raga pilihannya,
bab lari nombor satu baginya,
acap pula lain ceritanya,
wakil ponteng sekolah bertaraf dunia,

guru-guru kami happy tiap-tiap hari,
time belajar cerewet sekali,
itulah guru yang berbakti,
perjuangan mereka tetap akan dikenang sehingga mati,


tamat sudah crita gila kami,
ampun dan maaf pengubat diri,
coretan ini just for memori,
kenangan bersama kawan sejati,